Rabu, 6 Februari 2013
BERMAKSUD
bersamaan 06 Februari 2013 , aku telah menghantar sebuah pesanan ringkas via SMS kepada mu . waktu itu sudah larut malam . aku belum dapat tidur lagi pada ketika itu . di fikiran ku hanya ada kamu . aku juga tidak mengerti mengapa .
langsung tiada tanda tanda kau ingin membalas SMS ku itu . mungkin kerana sudah lena dibuai sweet dream . aku menghantar SMS itu kepada mu adalah sebagai tanda ku mengucapkan selamat malam . percayalah pada aku . aku tiada niat lain lagi selain daripada itu . dan jika engkau hendak mengetahui , dalam pesanan itu telah ku selitkan semua kenangan tentang kita . bukan takat yang suwit muit sahaja , malah yang pahit mahit juga ada sekali . bukan aku menyuruh kau mengingatinya kembali , tetapi aku hanya ingin mengembalikan nya kepada mu kerana aku tidak terdaya lagi hendak menyimpannya . cukuplah segala kesengsaraan yang telah ku alami kerana masih teringat akan kenangan itu . sakitnya yang teramat sakit . aku hentak 'mengaduh kesakitan' tidak bertempat . tiada yang sudi mendengarnya . segalanya terbuku di dalam hati .
SEKEBAL MANA PUN KERETA KEBAL TETAP AKAN BINASA JUA IA DAN SEKEBAL MANA PUN HATI , TETAP MERANA JUA TUAN NYA JIKA SUDAH TERLUKA .
dengan berbekalkan ketabahan dan kekuatan hati yang tipis menipis , aku masih mampu 'berdiri' .
dalam erti kata lain , pesanan ku itu adalah ucapan selamat tinggal ku kepadamu . aku ingin melupakan mu . terima kasih nya :)
# hai ! sorry lah . cerita aku ni belum terjamin lagi kebenarannya . ia hanya cerita kosong belaka untuk menghilangkan rasa bosan yang melanda . bangsa membaca , bangsa berjaya kan ?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
komen komen dulu baaa :)