Blog's stat

Pengikut

Jumaat, 22 Mac 2013

cuti !




wahh. hai. assalamualaikum. huhux. YEAH! cuti sudaa. best tak best tak? mustahil lah tak best kan. 
eeee.. serius. aku happy sangat kerana akhirnya libur *kata orang indon. 
tetapi malang nya aku belum lagi merancang mahu kemana. eh bukan. sudah merancang tapi masalahnya aku sekarang ni tiada bajet!!! huwaaa~ 
sedih aku wei.. korang tak kesian dekat aku ke?
sobsobsob :'(
hahahax.. sebenarnya tak lah sedih sangat pun. jalan atau tak jalan tu sama je aku rasa. bagus aku dok rumah je kan? best jugak. tidur dari malam sampai ke malam atau dari pagi sampai ke pagi pun boleh.. wah!! tak payah tengok buku pulak tuh. and cikgu aku tersangat lah baik hati sebab bagi homework sikit je. indah indah indah. ye tak? bila aku tanya kawan aku yang bukan sekelas dengan aku, dorang kata dorang kena bagi homework yang melambak lambak. hahahahax. kesian nyee.. 
hari ni aku nak rehat rehat dulu. esok nak basuh kasut and siapkan homework yang sikit tuh. dah siap buat semua tuh barulah aku fikir macam mana nak jalan tanpa mengeluarkan bajet yang banyak?? hurm....
korang pulak dah plan nak kemana ke cuti ni? share laa sikit.
hehex..
apa apa pun, aku nak ucap kan SELAMAT BERCUTI semua!! hahahx..
cuma yang tak best nye cuti ni bila aku tak dapat nak bercerita dengan kengkawan aku. rugi rugi rugi. ada tak yang terlintas kat kepala otak 'SMS je lah, kan senang!'. yup! kalau lah kengkawan aku ni ada kredit alangkah indahnya kan. hisy hisy hisy. tetapi sayang... dorang jarang beli topap. nak berhubung guna sms pun tak boleh. nak di-call lagi lah.. bukan nye kena jawab. malu katanya.. teruk sungguh lah kengkawan aku ni!
jadi itu bermakna aku akan merindui kengkawan aku. and bagus nya cuti ni pulak tahi telinga aku tak cair mendengar kebisingan yang berlaku dalam kelas aku tuh. aman.
hurm, tak dapat jumpa dengan cikaro koma lagi tuh. eee... best nye.. tak sakit mata memandang. wow!

Selasa, 19 Mac 2013

musuh


hello . hai . assalamualaikum .

okay para pembaca sekalian . 
korang semua pun tahu apa itu musuh kan . fuh . pada pendapat aku lah kan , lebih bagus lagi ada musuh depan mata daripada musuh dalam selimut . setuju tak ? setuju lah bah . huhu . orang kata , makin ramai sukakan kita makin ramai jugak lah yang benci kita . jealous kot kan . hehe . kalau cemburu tu bertempat tak apa jugak lah kan ..
hurm , sambung kisah . aku memang ada musuh . tapi bukan aku yang mulakan dulu . hebat geng . masa tuh aku baru je pindah sekolah ni . tetiba dapat musuh pulak dah . bebal nya . entah lah kenapa budak tu . tak pepasal dia jealous dengan aku . korang nak tahu gara gara apa dia jealous ? huh , parah geng . sebab aku dekat dengan adik angkat dia . diulang taip . adik angkat . tak ke kau pelik bin hairan tuh ? mak ayah adik angkat dia tuh pun tak halang aku dekat dengan dia . ini baru jadi kakak angkat pun nak gila kuasa . separuh betul lah otak dia . hisy . menyampah aku . padahal aku dengan adik angkat di tu memang rapat dari kecik lagi . dia baru je setahun kenal dah melebih . hot aku beb .

hehe..
aku ni sebenarnya bukan nak cerita pasal dia . aku nak cerita pasal dua orang sepupu ni . tak tahu lah . bukan nya nak menyebok tapi aku tak suka tengok . hehe . dorang ni mula mula couple . tapi putus dah sekarang . dan bermusuh pulak dah lepas tu . huh . cerita dia macam ni . si A ni cuma kena mainkan oleh si R sebab kononnya gara gara si A si R putus dengan girlfriend dia dulu . *kisah dulu pun nak diungkit lagi ke?* jadi maksudnya si R ni couple dengan si A untuk balas dendam . pelik k . korang tak rasa ? ada ke patut ? jujur , memang tak patut . 
yang memanaskan keadaan lagi . si A ni suka cari pasal dengan si R . lepas dia cari pasal tu dia minta maaf pulak . *bekedut aku jadinya* pernah korang jumpa perempuan macam ni ? hahahax . ini kali pertama aku jumpa . rusak eh .
adik beradik si R pulak anti dengan adik beradik si A . ya Allah . 
si R berkeras tak nak maafkan si A . si A pulak tak berhenti mengganggu si R . si A kata kat aku , dia sayang si R . si R kata kat aku , dia benci si A . dan aku kata pada diri aku , aku pening ! 
mula mula dua dua kawan aku . tapi sekarang si R je kawan aku . bukan pasal apa . si A tipu aku . berpaling tadah lah aku terus . aku memang jenis yang pantang di tipu . siapa suruh ? 
tapi walau apa pun , aku nak juga tengok dorang berdua ni berbaik . tak elok lah aku rasa . pihak R memaki hamun di facebook tentang pihak A . pihak A tak nak kalah . membalas lagi . perang keluarga betul lah .
yang parah bukan alang alang pihak A memaki hamun . keluar tentang keturunan lah , keluarga lah . itu lah ini lah . malu eh . 
tak boleh di tegur pulak tuh . di tegur sikit , melenting . merajuk . huuhhh ..
tak pernah aku jumpa sepupu macam ni k . setahu ku sepupu ni hubungan dia baik je . macam aku . gaduh pun , bebaik terus . tapi dorang , bertahun tahun berdendam . mula mula aku tak nak kesah . tapi tetiba aku pun terkait juga . apa lagi .... bila dah terbabit ni tak boleh duduk diam lah kan . tapi aku tak nak lah maki maki . sakit tau hati . tolong lah bagi idea macam mana nak cool kan keadaan ;) 

Khamis, 14 Mac 2013

eh!


holaa.
hai.
dan assalamualaikum.

aku nak cerita tentang seorang perempuan kat kelas aku ni. wow! hahaha. aku dengan dia ni bukannya rapat  pun dan jarang berbual sama sama walaupun dia satu kelas dengan aku. aku tak akan tegur dia tu. dia yang tegur aku. kalau dia tegur aku pun, aku akan layan dia acuh tak acuh. bukan nak menyombong. dan memang tak senarai pun sikap sombong tu dalam diri aku. ya, memang aku ni bukan jenis yang peramah juga. haha.
aku sebenarnya tak boleh dengan dia tu. entah. aku rasa dia tak sedar kot yang aku ni sakit hati dengan dia sebab tu lah dia macam okay okay je dengan aku. kesalahan dia buat kat aku tak ade lah besar sangat. cuma, ye lah. aku ni hanyalah manusia biasa.
dia pulak suka sangat cakap yang bukan bukan tentang aku kat kawan aku. kawan aku pulak memang akan bagi tahu aku lah. ye lah, dah dia kawan aku kan. mesti lah dia bagi tahu aku.
orang kata dia ni suka cari perhatian. ya. kadang kadang tu. jujur lah aku bagitahu ni. dan aku betul betul tak suka sikap dia yang suka menjerit memekak melolong bagai orang gila di kelas. teriak teriak. hempas hempas meja. memang begitu lah dia buat kalau ada yang tak kena di mata dia tu atau pun ada yang menyakitkan hati dia *konon. sayang tahu tak? muka dia cantik. boleh tahan. ada lah juga jerawat yang tumbuh subur di muka dia tu tapi memang tak dinafikan muka dia dikategorikan sebagai boleh tahan cantik lah.
ada yang bagitahu aku, dia ni minat kat seorang mamat. mamat di pulak rapat dengan aku. kami kawan sejak sekolah rendah lagi. kadang kadang ada yang kata kami ni macam pasangan couple sebab keakraban kami yang memang macam pasangan couple lah. hahaha. tapi kami berdua bukan nya pasangan couple. kami kawan. tiada perasaan 'luplup' pun di hati kami. langsung tak ada. okay? tapi entah lah kenapa perempuan ni kata aku suka mamat tu. ya Allah. tak kuasa aku. sungguh!
konon nya pulak, dia kata aku CEMBURU bila dia bercakap dengan mamat yang dia minat tu. tak terlintas di hati aku pun. walaupun sebesar kuman k. kenapa lah dia boleh terfikir benda yang tak masuk dek akal tu? aku rasa nak haje cuci kepala otak di tu dengan peluntur. biar bersih otak dia tu. huh.

mengapa lah ek?

ASSALAMUALAIKUM ..



aku sangat sangat penat. betul. tak ada masa aku nak tipu korang.. mesti ada yang kata dalam hati, 'daa tahu penat tu .. rehat lah . yang dok rajin sangat nak menaip ni apa hal?' hahaha. ada tak yang kata macam tuu? tumbuk kang. tak pepasal muka kau jadi biru. haaa, aniaya.
tak, sebenarnya aku ni niat a.k.a berhajat nak meluahkan perasaan dengan korang ni.. nak tahu nak? bukan perasaan cinta ke atau sewaktu dengan nya tu ek. tapi, aku nak luahkan tentang ketidakpuasan hati aku dan sakit hati aku. entah lah. aku pun tak tahu sebenarnya aku sakit hati dengan siapa. yang aku tahu lah kan, perasaan tu timbul bila aku daa jadi penolong ketua kelas ni. *jangan pulak korang kata tak tahu apa itu penolong ketua kelas ek. kalau tak tahu, aku bagitahu lah. penolong ketua kelas tu adalah sejenis makanan barat yang sungguh enak. hahaha. mustahil lah korang tak tahu kan. aku rasa dan sangat yakin, kalau korang masih sekolah kan kat kelas korang pun ada penolong ketua kelas kan?
hurm. okay. sejak aku jadi penolong ketua kelas ni kan, aku rasa sungguh terseksa. sangat sangat terseksa. dengan aku terpaksa melapor ketidakhadiran murid di bilik guru setiap hari. kalau lah bilik guru tu terletak disebelah kelas aku tak apa lah kan. senang hidup aku. ini.............. aku terpaksa pula turun naik anak tangga. korang bayangkan lah. korang berada di sebuah bangunan. bangunan tu ada 3 tingkat. jadi korang dari tingkat satu nak naik ke tingkat 3 lah ni. dan korang hanya menggunakan tangga. bayangkan. tak ke banyak tu nak di 'daki'? jadi, macam tu lah aku, sehari bagaikan aku menaiki tangga ke tingkat 3. sengsara sangat. kalau sebulan? apatah lagi setahun? amacam? aku yang dikategorikan gemuk ni pun comfirm akan tinggal papan je. ohh, aku tak sanggup!
tapi nak buat macam mana kan. tiada bantahan, kata si cikgu. jadi, suka atau tidak, setuju atau tidak, nak atau tidak, aku terpaksa jugak jadi penolong ketua kelas. nak menangis, air mata tak keluar. nak marah, tak guna. tak ada yang nak dengar. pendam perasaan je lah jawabnya kan. dan aku jugak lah yang makan hati berulamkan jantung. sedap nya....
dan lebih menyakitkan hati aku ni bila rakan sekelas aku ni tak boleh nak dibawa bekerjasama. terutamanya pelajar lelaki. perempuan tu ada lah dalam 2 3 4 orang yang sekepala dengan dorang lelaki tu. nak di terajang, anak orang. nak diteriak, tak boleh pulak. mengganggu ketenteraman kelas lain lah. itu lah. ini lah.
dan bla bla bla.
okay lahh .. itu aje yang boleh aku katakan. hahaha.



Rabu, 13 Mac 2013

apa laa ni kunun?



waaaaaaahhh.. serius ni aku bagitau korang. hidup aku, aku rasa semakin indah.. indah sangat sangat. tak dada sedih sedih *konon, padahal asyik meraung melolong depan si kawan setia je. haha! alamak! bocor rahsia lah pulak.. jangan bagitau sesiapa tau. awas!
huhux. sampai terlupa nak say ASSALAMUALAIKUM and SELAMAT PETANG. ee, kalau minum teh panas and makan pisang goreng nii. yummy. enak. tapi tak apa. tahan lapar dulu, aku nak berceloteh kejap. rindu pulak dengan blog aku yang memang teramat boring ini. hehe.
so, korang tau tak. ok, tak tahu kan? memang laa aku kan belum cerita lagi...

aku kan daa ada ehem ehem. bukan couple and bukan juga suami. jadi apa lah? fikir fikir...
aku ada 'kawan tapi mesra' lah.. hahax. *tu pun mau bagitahu. suka hati aku lah kan? blog aku. tak nak baca sudaa. keluar. tekan tanda 'X' tu cepat. hehe.
dia kan, hensem. hensem sesangat :) aku rasa nak pengsan sebulan je bila terjumpa atau berselisih dengan dia. eh, bukan pengsan sebulan. koma. huhux. entah lah macam mana aku boleh rapat dengan mamat kegilaan ramai tuh. aku pun tak tahu. dan malas nak ambik tahu. yang penting kami sekarang rapat. sweet dan sewaktu dengannya. hahax.
mula mula aku biasa biasa jaa dengan ia tu. tak ada perasaan lah ni kunun kan. tapi, tanpa sedar.. tu perasaan hadir tetiba. tanpa diundang dan sukar dibuang. serius. tak tipu. aku sudaa halau tu perasaan keluar dari hati aku nii, tapi tak dapat. nak buat macam mana. huhux. hurm.. ada orang cakap dengan aku, dia kata.. "macam mana kau mahu buang tu perasaan jauh dari hati kau kalau hati kau sendiri sebenarnya yang tak mahu buang tu perasaan. jadi, bila bila masa jaa tu perasaan pergi kalau hati kau memang betul betul mahu lupakan. jangan keluar di mulut lain, di hati pulak lain" 
huhh... tu diaaaa.. sampai sekarang aku ingat. tak akan aku lupa. sebab aku tulis apa dia cakap ni dalam buku nota aku.. hehe. sebab tu tak akan lupa. hari hari aku baca....

tapi jujur laa. hati aku memang tak nak buang tu perasaan. aku nak biar kan ia tersimpan jaa di hati aku ni. kalau terluka pun apa boleh buat kan. merana merana laa. yang dengar tangisan aku kawan aku jugak. yang pecah gegendang telinga, kawan aku jugak. hehex.
tapi aku harap laa persahabatan kami ni inda terputus. aku bahagia dengan ia.. sangat bahagia.. wow! hehex..



:: terkenangkan kau, kadang buat aku senyum sorang sorang sehingga kan aku di sangka kan GILAAA!


Jumaat, 1 Mac 2013

entah kenapa .



entah lah kenapa ek? kita inda lagi macam dulu. aku pun hairan apa yang berlaku sebenarnya. jujur ku cakap, aku rindukan kau. rindu sangat sangat. kau tak rindu aku ke? siapa yang salah? aku ke kau? aku seolah olah baru tersedar dari tidur yang lena. kau dan aku dah renggang. tak seakrab dulu.

aku tahu, kau pun hairan gak kan? aku boleh baca pandangan mata kau. aku kenal kau. entah lah kawan, maaflah kalau aku yang buat salah. tapi kenapa aku tak nak mengalah? dua dua berdiam diri kalau bersua muka. aku hairan, kau hairan, apa tah lagi rakan kita yang lain. semua nya bertanya apa yang telah berlaku antara kita. apa yang berlaku? tolong bagi tahu aku.

sekarang ni kita tak bertegur sapa. buat tak endah dah. entah sampai bila nak macam ni? aku rasa ini lah pergaduhan tanpa sebab yang pernah terjadi dalam hubungan persahabatan kita..

dua dua membisu. pandang pandang tanpa ada suara yang memulakan bicara. senyum tidak. tapi kita tak pernah menjeling antara satu sama lain kan?





ngee! aku benci situasi macam ni! aku nak kita macam dulu. selalu sama sama. bual bual kosong. 



kau selalu di ingatan ku......