Blog's stat

Pengikut

Jumaat, 1 Mac 2013

entah kenapa .



entah lah kenapa ek? kita inda lagi macam dulu. aku pun hairan apa yang berlaku sebenarnya. jujur ku cakap, aku rindukan kau. rindu sangat sangat. kau tak rindu aku ke? siapa yang salah? aku ke kau? aku seolah olah baru tersedar dari tidur yang lena. kau dan aku dah renggang. tak seakrab dulu.

aku tahu, kau pun hairan gak kan? aku boleh baca pandangan mata kau. aku kenal kau. entah lah kawan, maaflah kalau aku yang buat salah. tapi kenapa aku tak nak mengalah? dua dua berdiam diri kalau bersua muka. aku hairan, kau hairan, apa tah lagi rakan kita yang lain. semua nya bertanya apa yang telah berlaku antara kita. apa yang berlaku? tolong bagi tahu aku.

sekarang ni kita tak bertegur sapa. buat tak endah dah. entah sampai bila nak macam ni? aku rasa ini lah pergaduhan tanpa sebab yang pernah terjadi dalam hubungan persahabatan kita..

dua dua membisu. pandang pandang tanpa ada suara yang memulakan bicara. senyum tidak. tapi kita tak pernah menjeling antara satu sama lain kan?





ngee! aku benci situasi macam ni! aku nak kita macam dulu. selalu sama sama. bual bual kosong. 



kau selalu di ingatan ku......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen komen dulu baaa :)