Blog's stat

Pengikut

Jumaat, 22 Mac 2013

cuti !




wahh. hai. assalamualaikum. huhux. YEAH! cuti sudaa. best tak best tak? mustahil lah tak best kan. 
eeee.. serius. aku happy sangat kerana akhirnya libur *kata orang indon. 
tetapi malang nya aku belum lagi merancang mahu kemana. eh bukan. sudah merancang tapi masalahnya aku sekarang ni tiada bajet!!! huwaaa~ 
sedih aku wei.. korang tak kesian dekat aku ke?
sobsobsob :'(
hahahax.. sebenarnya tak lah sedih sangat pun. jalan atau tak jalan tu sama je aku rasa. bagus aku dok rumah je kan? best jugak. tidur dari malam sampai ke malam atau dari pagi sampai ke pagi pun boleh.. wah!! tak payah tengok buku pulak tuh. and cikgu aku tersangat lah baik hati sebab bagi homework sikit je. indah indah indah. ye tak? bila aku tanya kawan aku yang bukan sekelas dengan aku, dorang kata dorang kena bagi homework yang melambak lambak. hahahahax. kesian nyee.. 
hari ni aku nak rehat rehat dulu. esok nak basuh kasut and siapkan homework yang sikit tuh. dah siap buat semua tuh barulah aku fikir macam mana nak jalan tanpa mengeluarkan bajet yang banyak?? hurm....
korang pulak dah plan nak kemana ke cuti ni? share laa sikit.
hehex..
apa apa pun, aku nak ucap kan SELAMAT BERCUTI semua!! hahahx..
cuma yang tak best nye cuti ni bila aku tak dapat nak bercerita dengan kengkawan aku. rugi rugi rugi. ada tak yang terlintas kat kepala otak 'SMS je lah, kan senang!'. yup! kalau lah kengkawan aku ni ada kredit alangkah indahnya kan. hisy hisy hisy. tetapi sayang... dorang jarang beli topap. nak berhubung guna sms pun tak boleh. nak di-call lagi lah.. bukan nye kena jawab. malu katanya.. teruk sungguh lah kengkawan aku ni!
jadi itu bermakna aku akan merindui kengkawan aku. and bagus nya cuti ni pulak tahi telinga aku tak cair mendengar kebisingan yang berlaku dalam kelas aku tuh. aman.
hurm, tak dapat jumpa dengan cikaro koma lagi tuh. eee... best nye.. tak sakit mata memandang. wow!

Selasa, 19 Mac 2013

musuh


hello . hai . assalamualaikum .

okay para pembaca sekalian . 
korang semua pun tahu apa itu musuh kan . fuh . pada pendapat aku lah kan , lebih bagus lagi ada musuh depan mata daripada musuh dalam selimut . setuju tak ? setuju lah bah . huhu . orang kata , makin ramai sukakan kita makin ramai jugak lah yang benci kita . jealous kot kan . hehe . kalau cemburu tu bertempat tak apa jugak lah kan ..
hurm , sambung kisah . aku memang ada musuh . tapi bukan aku yang mulakan dulu . hebat geng . masa tuh aku baru je pindah sekolah ni . tetiba dapat musuh pulak dah . bebal nya . entah lah kenapa budak tu . tak pepasal dia jealous dengan aku . korang nak tahu gara gara apa dia jealous ? huh , parah geng . sebab aku dekat dengan adik angkat dia . diulang taip . adik angkat . tak ke kau pelik bin hairan tuh ? mak ayah adik angkat dia tuh pun tak halang aku dekat dengan dia . ini baru jadi kakak angkat pun nak gila kuasa . separuh betul lah otak dia . hisy . menyampah aku . padahal aku dengan adik angkat di tu memang rapat dari kecik lagi . dia baru je setahun kenal dah melebih . hot aku beb .

hehe..
aku ni sebenarnya bukan nak cerita pasal dia . aku nak cerita pasal dua orang sepupu ni . tak tahu lah . bukan nya nak menyebok tapi aku tak suka tengok . hehe . dorang ni mula mula couple . tapi putus dah sekarang . dan bermusuh pulak dah lepas tu . huh . cerita dia macam ni . si A ni cuma kena mainkan oleh si R sebab kononnya gara gara si A si R putus dengan girlfriend dia dulu . *kisah dulu pun nak diungkit lagi ke?* jadi maksudnya si R ni couple dengan si A untuk balas dendam . pelik k . korang tak rasa ? ada ke patut ? jujur , memang tak patut . 
yang memanaskan keadaan lagi . si A ni suka cari pasal dengan si R . lepas dia cari pasal tu dia minta maaf pulak . *bekedut aku jadinya* pernah korang jumpa perempuan macam ni ? hahahax . ini kali pertama aku jumpa . rusak eh .
adik beradik si R pulak anti dengan adik beradik si A . ya Allah . 
si R berkeras tak nak maafkan si A . si A pulak tak berhenti mengganggu si R . si A kata kat aku , dia sayang si R . si R kata kat aku , dia benci si A . dan aku kata pada diri aku , aku pening ! 
mula mula dua dua kawan aku . tapi sekarang si R je kawan aku . bukan pasal apa . si A tipu aku . berpaling tadah lah aku terus . aku memang jenis yang pantang di tipu . siapa suruh ? 
tapi walau apa pun , aku nak juga tengok dorang berdua ni berbaik . tak elok lah aku rasa . pihak R memaki hamun di facebook tentang pihak A . pihak A tak nak kalah . membalas lagi . perang keluarga betul lah .
yang parah bukan alang alang pihak A memaki hamun . keluar tentang keturunan lah , keluarga lah . itu lah ini lah . malu eh . 
tak boleh di tegur pulak tuh . di tegur sikit , melenting . merajuk . huuhhh ..
tak pernah aku jumpa sepupu macam ni k . setahu ku sepupu ni hubungan dia baik je . macam aku . gaduh pun , bebaik terus . tapi dorang , bertahun tahun berdendam . mula mula aku tak nak kesah . tapi tetiba aku pun terkait juga . apa lagi .... bila dah terbabit ni tak boleh duduk diam lah kan . tapi aku tak nak lah maki maki . sakit tau hati . tolong lah bagi idea macam mana nak cool kan keadaan ;) 

Khamis, 14 Mac 2013

eh!


holaa.
hai.
dan assalamualaikum.

aku nak cerita tentang seorang perempuan kat kelas aku ni. wow! hahaha. aku dengan dia ni bukannya rapat  pun dan jarang berbual sama sama walaupun dia satu kelas dengan aku. aku tak akan tegur dia tu. dia yang tegur aku. kalau dia tegur aku pun, aku akan layan dia acuh tak acuh. bukan nak menyombong. dan memang tak senarai pun sikap sombong tu dalam diri aku. ya, memang aku ni bukan jenis yang peramah juga. haha.
aku sebenarnya tak boleh dengan dia tu. entah. aku rasa dia tak sedar kot yang aku ni sakit hati dengan dia sebab tu lah dia macam okay okay je dengan aku. kesalahan dia buat kat aku tak ade lah besar sangat. cuma, ye lah. aku ni hanyalah manusia biasa.
dia pulak suka sangat cakap yang bukan bukan tentang aku kat kawan aku. kawan aku pulak memang akan bagi tahu aku lah. ye lah, dah dia kawan aku kan. mesti lah dia bagi tahu aku.
orang kata dia ni suka cari perhatian. ya. kadang kadang tu. jujur lah aku bagitahu ni. dan aku betul betul tak suka sikap dia yang suka menjerit memekak melolong bagai orang gila di kelas. teriak teriak. hempas hempas meja. memang begitu lah dia buat kalau ada yang tak kena di mata dia tu atau pun ada yang menyakitkan hati dia *konon. sayang tahu tak? muka dia cantik. boleh tahan. ada lah juga jerawat yang tumbuh subur di muka dia tu tapi memang tak dinafikan muka dia dikategorikan sebagai boleh tahan cantik lah.
ada yang bagitahu aku, dia ni minat kat seorang mamat. mamat di pulak rapat dengan aku. kami kawan sejak sekolah rendah lagi. kadang kadang ada yang kata kami ni macam pasangan couple sebab keakraban kami yang memang macam pasangan couple lah. hahaha. tapi kami berdua bukan nya pasangan couple. kami kawan. tiada perasaan 'luplup' pun di hati kami. langsung tak ada. okay? tapi entah lah kenapa perempuan ni kata aku suka mamat tu. ya Allah. tak kuasa aku. sungguh!
konon nya pulak, dia kata aku CEMBURU bila dia bercakap dengan mamat yang dia minat tu. tak terlintas di hati aku pun. walaupun sebesar kuman k. kenapa lah dia boleh terfikir benda yang tak masuk dek akal tu? aku rasa nak haje cuci kepala otak di tu dengan peluntur. biar bersih otak dia tu. huh.

mengapa lah ek?

ASSALAMUALAIKUM ..



aku sangat sangat penat. betul. tak ada masa aku nak tipu korang.. mesti ada yang kata dalam hati, 'daa tahu penat tu .. rehat lah . yang dok rajin sangat nak menaip ni apa hal?' hahaha. ada tak yang kata macam tuu? tumbuk kang. tak pepasal muka kau jadi biru. haaa, aniaya.
tak, sebenarnya aku ni niat a.k.a berhajat nak meluahkan perasaan dengan korang ni.. nak tahu nak? bukan perasaan cinta ke atau sewaktu dengan nya tu ek. tapi, aku nak luahkan tentang ketidakpuasan hati aku dan sakit hati aku. entah lah. aku pun tak tahu sebenarnya aku sakit hati dengan siapa. yang aku tahu lah kan, perasaan tu timbul bila aku daa jadi penolong ketua kelas ni. *jangan pulak korang kata tak tahu apa itu penolong ketua kelas ek. kalau tak tahu, aku bagitahu lah. penolong ketua kelas tu adalah sejenis makanan barat yang sungguh enak. hahaha. mustahil lah korang tak tahu kan. aku rasa dan sangat yakin, kalau korang masih sekolah kan kat kelas korang pun ada penolong ketua kelas kan?
hurm. okay. sejak aku jadi penolong ketua kelas ni kan, aku rasa sungguh terseksa. sangat sangat terseksa. dengan aku terpaksa melapor ketidakhadiran murid di bilik guru setiap hari. kalau lah bilik guru tu terletak disebelah kelas aku tak apa lah kan. senang hidup aku. ini.............. aku terpaksa pula turun naik anak tangga. korang bayangkan lah. korang berada di sebuah bangunan. bangunan tu ada 3 tingkat. jadi korang dari tingkat satu nak naik ke tingkat 3 lah ni. dan korang hanya menggunakan tangga. bayangkan. tak ke banyak tu nak di 'daki'? jadi, macam tu lah aku, sehari bagaikan aku menaiki tangga ke tingkat 3. sengsara sangat. kalau sebulan? apatah lagi setahun? amacam? aku yang dikategorikan gemuk ni pun comfirm akan tinggal papan je. ohh, aku tak sanggup!
tapi nak buat macam mana kan. tiada bantahan, kata si cikgu. jadi, suka atau tidak, setuju atau tidak, nak atau tidak, aku terpaksa jugak jadi penolong ketua kelas. nak menangis, air mata tak keluar. nak marah, tak guna. tak ada yang nak dengar. pendam perasaan je lah jawabnya kan. dan aku jugak lah yang makan hati berulamkan jantung. sedap nya....
dan lebih menyakitkan hati aku ni bila rakan sekelas aku ni tak boleh nak dibawa bekerjasama. terutamanya pelajar lelaki. perempuan tu ada lah dalam 2 3 4 orang yang sekepala dengan dorang lelaki tu. nak di terajang, anak orang. nak diteriak, tak boleh pulak. mengganggu ketenteraman kelas lain lah. itu lah. ini lah.
dan bla bla bla.
okay lahh .. itu aje yang boleh aku katakan. hahaha.



Rabu, 13 Mac 2013

apa laa ni kunun?



waaaaaaahhh.. serius ni aku bagitau korang. hidup aku, aku rasa semakin indah.. indah sangat sangat. tak dada sedih sedih *konon, padahal asyik meraung melolong depan si kawan setia je. haha! alamak! bocor rahsia lah pulak.. jangan bagitau sesiapa tau. awas!
huhux. sampai terlupa nak say ASSALAMUALAIKUM and SELAMAT PETANG. ee, kalau minum teh panas and makan pisang goreng nii. yummy. enak. tapi tak apa. tahan lapar dulu, aku nak berceloteh kejap. rindu pulak dengan blog aku yang memang teramat boring ini. hehe.
so, korang tau tak. ok, tak tahu kan? memang laa aku kan belum cerita lagi...

aku kan daa ada ehem ehem. bukan couple and bukan juga suami. jadi apa lah? fikir fikir...
aku ada 'kawan tapi mesra' lah.. hahax. *tu pun mau bagitahu. suka hati aku lah kan? blog aku. tak nak baca sudaa. keluar. tekan tanda 'X' tu cepat. hehe.
dia kan, hensem. hensem sesangat :) aku rasa nak pengsan sebulan je bila terjumpa atau berselisih dengan dia. eh, bukan pengsan sebulan. koma. huhux. entah lah macam mana aku boleh rapat dengan mamat kegilaan ramai tuh. aku pun tak tahu. dan malas nak ambik tahu. yang penting kami sekarang rapat. sweet dan sewaktu dengannya. hahax.
mula mula aku biasa biasa jaa dengan ia tu. tak ada perasaan lah ni kunun kan. tapi, tanpa sedar.. tu perasaan hadir tetiba. tanpa diundang dan sukar dibuang. serius. tak tipu. aku sudaa halau tu perasaan keluar dari hati aku nii, tapi tak dapat. nak buat macam mana. huhux. hurm.. ada orang cakap dengan aku, dia kata.. "macam mana kau mahu buang tu perasaan jauh dari hati kau kalau hati kau sendiri sebenarnya yang tak mahu buang tu perasaan. jadi, bila bila masa jaa tu perasaan pergi kalau hati kau memang betul betul mahu lupakan. jangan keluar di mulut lain, di hati pulak lain" 
huhh... tu diaaaa.. sampai sekarang aku ingat. tak akan aku lupa. sebab aku tulis apa dia cakap ni dalam buku nota aku.. hehe. sebab tu tak akan lupa. hari hari aku baca....

tapi jujur laa. hati aku memang tak nak buang tu perasaan. aku nak biar kan ia tersimpan jaa di hati aku ni. kalau terluka pun apa boleh buat kan. merana merana laa. yang dengar tangisan aku kawan aku jugak. yang pecah gegendang telinga, kawan aku jugak. hehex.
tapi aku harap laa persahabatan kami ni inda terputus. aku bahagia dengan ia.. sangat bahagia.. wow! hehex..



:: terkenangkan kau, kadang buat aku senyum sorang sorang sehingga kan aku di sangka kan GILAAA!


Jumaat, 1 Mac 2013

entah kenapa .



entah lah kenapa ek? kita inda lagi macam dulu. aku pun hairan apa yang berlaku sebenarnya. jujur ku cakap, aku rindukan kau. rindu sangat sangat. kau tak rindu aku ke? siapa yang salah? aku ke kau? aku seolah olah baru tersedar dari tidur yang lena. kau dan aku dah renggang. tak seakrab dulu.

aku tahu, kau pun hairan gak kan? aku boleh baca pandangan mata kau. aku kenal kau. entah lah kawan, maaflah kalau aku yang buat salah. tapi kenapa aku tak nak mengalah? dua dua berdiam diri kalau bersua muka. aku hairan, kau hairan, apa tah lagi rakan kita yang lain. semua nya bertanya apa yang telah berlaku antara kita. apa yang berlaku? tolong bagi tahu aku.

sekarang ni kita tak bertegur sapa. buat tak endah dah. entah sampai bila nak macam ni? aku rasa ini lah pergaduhan tanpa sebab yang pernah terjadi dalam hubungan persahabatan kita..

dua dua membisu. pandang pandang tanpa ada suara yang memulakan bicara. senyum tidak. tapi kita tak pernah menjeling antara satu sama lain kan?





ngee! aku benci situasi macam ni! aku nak kita macam dulu. selalu sama sama. bual bual kosong. 



kau selalu di ingatan ku......

Rabu, 13 Februari 2013

sopan santun .


hai .

jangan jadi orang yang tak tahu bersopan santun . aku memang pantang jumpa manusia yang tak tahu nak bersopan santun dengan aku . dalam entry ni , aku bukan nak menceritakan kat korang tentang keburukan seseorang tapi ... entah lah . aku cuma sakit hati . budak ni pada mulanya rakan facebook aku . pada mulanya lah . sekarang ., baru saja tadi aku unfriend dia . aku macam nak tembak jaa ni orang . aku tak suka . aku tak suka dan tak akan suka . faham tak ? hati aku tak menentu sekarang ni . bercampur baur perasaan yang aku rasakan . dengan sikap si kekasih hati lagi *kunun . aku rasa macam nak hempuk je dorang semua ni . tak boleh ke buat aku senang sikit ? sikit pun tak apa laa . eii , 

budak yang aku unfriend tadi ni nama dia AdeyRiza Alfreyeza II . aku betul betul sakit hati . mustahil jugak kan mak bapak dia tak ajar dia sopan santun . aku rasa macam nak jumpa jaa budak ni bagi penumbuk sekali . adui naa .

"Jangan kw tombirang sna!!"

entah bahasa pasar mana ia guna ni . aku pun tak tahu . nak kata tak pergi sekolah , mustahil kan . kebarangkalian dia ni pelajar yang berkategorikan PENDIDIKAN KHAS . tak tahu . tak penting . mungkin korang hairan kenapa aku sakit hati bila dia cakap macam tuh . aku bukan lah selemah itu . tidak terusik sedikit pun di hati aku ni bila dia kata aku tembirang . kalau tak faham , tembirang ni lebih kurang berlagak kot . ah'ha . betul lah tu . 

"woi ! mna kw sundal?"

aku pun tak paham . bila aku tak balas chat dia . dia kata aku macam tuh . sakit hati k . sakit hati . aku rasa yang sundal ni dia . yes ! memang dia yang sundal . ada ke patut dia komen status aku cakap benda kotor ? patut ke ? memang tak patut . dia siapa ? dia kata konon nya dia kenal aku . dia kata aku bodoh . sabar yanna . sebenarnya dia yang bodoh . percaya lah .


  "hahaha . bagus lah kalau kau kenal aku ar ? apa jua masalah mu kalau aku tembirang ? kau nak jealous kenapa ar ? suka ati aku lah . tak payah lah kau nak menilai aku macam mana k . ingat diri tu . better next time kau cermin diri kau tuh . kau tak ada hak nak pertikaikan siapa aku . Allah kenal aku mcam mana . so , terima kasih je lah . kau tu macam tak tembirang . trep lagi . naaaaaa malu !"


waktu ni aku masih dapat mengawal akal fikiran walaupun hati dah panas . hot ! kalau aku tak dapat nak kawal emosi aku memang dah lama dah sumpah seranah aku bagi . hurm , aku tak pernah jumpa lelaki macam ni . aku rasa dia ni macam nak minta kesian . and minta perhatian . tak ke kau hairan ? benda yang tak penting nak di kata pun dia nak juga chatting dengan aku . selalu nya aku berjumpa dengan makhluk Tuhan yang bersopan santun . entah kenapa hari ini lain pulak jadi nya . tak kuasa aku nak fikir .


lepas tuh dia tak balas . aku dah unfriend dia kan . tapi aku tahu dia ada facebook lagi satu . sama juga . kawan facebook aku . nama dia PanGeran Ameyr . aku berfikir nak buat apa sehingga lah aku terfikir sesuatu yang buat dia terasa .

aku post 1 status . 

" adui naa . membari supan anak ani eh . aku tembirang pun apa masalah mu ? hak aku . aku punya suka lah . siapa lah kau nak menilai diri aku . kenal pun tidak . oh , memang aku tak hingin nak mengenali kau pun . buat menyampah dan menyemak saja . macam taie usul nya . bisai lagi taie pakah . inda kana ajar supan santun kali masa naming apa inda kurang ajar sama orang bila suda basar . patut nya di bunuh saja ea dulu . sia sia ja ada anak macam atu . membari malu ibu bapa . adui , panas eh . suda tuh bodoh lagi . nah memang kana lah kau sumpah seranah aku . bukan nya ea sadar diri . gila! bisai lagi ambuk pakah daripada ea . palui ! trep lagi tuh . adus ! pandai menilai orang , diri sendiri inda ternilai and tak bernilai . lebih jelas lagi , inda guna!. nah , peduli ku apa dapat dusa . aku jua menanggung . asal ku puas hati . mun setakat badan naming macam mayat hidup tuh jangan tah bermimpi di siang hari kan tunjuk kuat bah . sampah masyarakat ! bukan lagi macam , memang mayat hidup pun ."

aku tulis dalam ayat brunei . saja . tetiba dia komen 

·              Suka ·  · Promote · 

huwaaaaa ~






*angkat tangan* gambar ni memang aku mengaku aku curi di facebook adik angkat aku . tu adik kepada adik angkat aku lah . minta ampun . saja nak tayang tayang gambar dia . kasi glamor sikit . huhu +.+ jangan saman cek naa . apa yang dia monyok kan tuh pun aku tak tahu . malas nak ambik tahu pun .

hari ni sebenarnya tak terfikir pun nak bercerita tentang apa . haha . tapi entah bin aku pun tak tahu kenapa jari jemari aku ni rajin sangat hari ni nak menaip . cuti ni parah aku beb . aku cer kat kau lah . parah bin benci .

"BILA SEKOLAH NAK CUTI , TAPI BILA DAH CUTI PULAK MINTA PUJI NAK PERGI SEKOLAH"

haaaa . kena kau sekali kebabom kan ? kau tak malu ke kena cakap macam tu . aku macam nak nyorok je kat bawa meja bila dengar apa yang kawan aku cakap ngan aku . mulut dia memang neraka dari dulu . tak ada kemajuan bin perubahan langsung . aku rasa nak aje hempuk kepala dia dengan dapur gas . baru dia tahu erti PENYESALAN . *berlagak samseng!*

sebenarnya , aku kecewa bin terluka ni . kakak aku dua dua pergi Tawau ikut rombongan khawin . entah . tak pasti . yang pastinya dorang pergi Tawau lah . tinggal lah aku tercongok gigit jari di rumah sepi . bukan dorang tak ajak aku . ajak . terlebih ajak dah pun . itu ini dorang cakap . dalam hati nakkkkkkk sangat pergi . ye lah , sejujurnya aku belum lagi menjejakkan kaki aku di Tawau tuh . menyedihkan ....

" bukan nya aku mati pun kalau inda pergi situ "

tuh lah aku cakap kat dorang lepas telinga aku bernanah mendengar itu ini 'syarahan' dorang tuh . memang aku takkan mati pun kan . aku tak nak pergi tuh bersebab . bukan saja saja je tau . aku tersangat lah nak pergi . tapi macam mana jugak kalau aku ada problem dengan seseorang and perlu diselesaikan dengan segera . tak senang duduk aku kalau tak selesai kan nya jugak . macam cacing kepanasan kau tau tak . 

tapi ..... kekecewaan aku semakin bertambah ataupun lebih sesuai , berganda . extra berganza . bukan takat kekecewaan , bermacam macam feeling yang tengah ku rasakan saat ini . aku korban kan diri aku yang nak sangat ke Tawau ni untuk seseorang tetapi . tetapi k . kau boleh agak ke ? sambung . dia tak menghargai pengorbanan aku . ok , sakit hati tak payah cakap . makasih je lah kat dia . aku betul betul inda sangka . *tepuk tangan*
kalau ikut kemarahan yang memang panas berapi macam gunung berapi nak meletup , memang aku nak aje maki orang tuh . tapi aku fikir dua kali lagi . aku maki dia , aku dapat dosa kering free . tak maki dia dia , makan hati berulam jantung . mana yang lebih berat ? *macam ni lah budak pandai. hahaha*

Khamis, 7 Februari 2013

cikaro koma


cikaro koma , cikaro koma , cikaro koma . hoiii ! berapa kali nak ulang lah der ? ok , jangan marah ek ? relaks . (aku tengah buat muka kiut ni) hari ni tak lah istimewa sangat sebab hari ni bukan bufday aku . di ulangi , bukan bufday aku . hehe . tak kelakar ek ?

ok , maaf kan aku . hari ni macam aku ter sowt sikit . sikit je , tak banyak . bukan apa , aku terlebih extra excited nak cerita kat korang pasal CIKARO KOMA ni . dia bukan binatang dan bukan juga kartun televisyen . dia manusia seperti kita . ya , kita . termasuk lah yang tengah baca tuh . kau lah ! siapa lagi ?! keeee , kau ni ........
lupakan !
sebelum memulakan bicara aku yang panjang lebar ni , aku nak tumpang tanya sikit . lawa tak nama 'cikaro koma' ni ? kalau lawa , berikan tepukan .

rasa rasa korang , siapakah pemilik nama ini ? (wei , ingat makanan ke main rasa rasa ni) sejujurnya . malas lah nak tipu tipu (wah ! contoh terbaik) aku yang cipta nama tuh untuk seseorang . (tarik balik contoh terbaik tuh) minta ampun minta maaf , bukan saja saja saja or sesedap citarasa Adabi aku gelar dia macam tuh k . bersebab . faham ? bersebab .

kisahnya bermula ketika aku berumur 13 tahun (tahun lepas) . mungkin kerana tidak puas hati kot . budak or minah ni mengumpat aku . sedap nya mulut ni pergi canang itu ini yang buruk kat kawan aku . baca balik . kawan aku . kawan baik aku . si Dang pulak tuh . adakah patut der ? patut ke ? dah tahu kawan baik kan , dia pergi riput kat aku lah . baik punya kawan tak ? (guwa bangga wei) . tapi , minah ni , eh ..... bukan . cikaro koma ni bukan takat umpat aku je . dia umpat kawan baik aku yang satu tu sekali . si Adik . wah wah wah . panas guwa lu tak payah tanya lah der . macam mana kita rasa bontot kita kena bakar , macam tuh lah ketidak tenteraman guwa nak sound dia . tapi , si Dang halang pulak .
sejak tu hari , aku pun layan minah tu acuh tak acuh . siapa suruh dia cari mati ? mak dia ke suruh ? hisy ! dia minta tolong ajarkan matematik pun aku malas nak ajarkan . bukan kedekut ilmu tapi hati masih panas kan ? dia pulak buat buat tak tahu . kalau ikut panas hati yang tak berakal ni , nak aje aku bagi dia pelempang Jawa sekali . biut tu wajah dia . hot eh !

pasal nama yang aku bagi dia tuh , ada maksud disebalik kata .

cikaro = dia ni suka cari perhatian orang . tak tipu . ustazah aku pun cakap .
koma = dia bagaikan orang koma yang tak sedarkan diri . dia pandai menilai keburukan orang lain , padahal dia ? adus !

aduh! itu aje lah k . malas nak cerita pepanjang . aku rasa nak patah dah jari aku ni akibat penat menari di atas keyboard .


# jangan suka sangat menilai keburukan orang lain . kita ni belum tentu lebih baik daripada orang yang kita nilai tu .
sebelum you keluar rumah , better you tengok diri you kat cermin puas puas ek ? ok , thanks for reading :)

Rabu, 6 Februari 2013

BERMAKSUD



bersamaan 06 Februari 2013 , aku telah menghantar sebuah pesanan ringkas via SMS kepada mu . waktu itu sudah larut malam . aku belum dapat tidur lagi pada ketika itu . di fikiran ku hanya ada kamu . aku juga tidak mengerti mengapa .
langsung tiada tanda tanda kau ingin membalas SMS ku itu . mungkin kerana sudah lena dibuai sweet dream . aku menghantar SMS itu kepada mu adalah sebagai tanda ku mengucapkan selamat malam . percayalah pada aku . aku tiada niat lain lagi selain daripada itu . dan jika engkau hendak mengetahui , dalam pesanan itu telah ku selitkan semua kenangan tentang kita . bukan takat yang suwit muit sahaja , malah yang pahit mahit juga ada sekali . bukan aku menyuruh kau mengingatinya kembali , tetapi aku hanya ingin mengembalikan nya kepada mu kerana aku tidak terdaya lagi hendak menyimpannya . cukuplah segala kesengsaraan yang telah ku alami kerana masih teringat akan kenangan itu . sakitnya yang teramat sakit . aku hentak 'mengaduh kesakitan' tidak bertempat . tiada yang sudi mendengarnya . segalanya terbuku di dalam hati .
SEKEBAL MANA PUN KERETA KEBAL TETAP AKAN BINASA JUA IA DAN SEKEBAL MANA PUN HATI , TETAP MERANA JUA TUAN NYA JIKA SUDAH TERLUKA .
dengan berbekalkan ketabahan dan kekuatan hati yang tipis menipis , aku masih mampu 'berdiri' .
dalam erti kata lain , pesanan ku itu adalah ucapan selamat tinggal ku kepadamu . aku ingin melupakan mu . terima kasih nya :)

# hai ! sorry lah . cerita aku ni belum terjamin lagi kebenarannya . ia hanya cerita kosong belaka untuk menghilangkan rasa bosan yang melanda . bangsa membaca , bangsa berjaya kan ?

Isnin, 4 Februari 2013

my kawan .


hai you all . macam ayat ni gedik pulak . aku nak men ceritakan dekat korang serba sedikit tentang teman baik aku yang amat ku sayangi . sayaaaaaaaanggg sangat .



yang pertama !


nama penuh or yang original lah kan si Noor shakillah . nama bapak tak yah lah kan ? lain lah kalau kau nak minag dia ni . lawa pa ? sejujurnya dan kenyataan dia lebih lawa daripada guwa . aahhhh .... tengah kutuk aku lah tuh ! *tak baik lah aku ni men tetuduh je* ok . jangan lah marah ya pak cik , mak cik .

# 4 oktober 1999 . baik tak aku sampai birthday dia pun aku ingat . oh ! aku bersedia menerima pujian , sekarang ! bukan hinaan k .
dia ni sekampung dengan aku . tapi tidak serumah dan sebilik dengan aku . makan dan minum kegemaran dia aku tak tahu . buat apa aku nak menyebok nak tahu , dia bukan laki aku . hahahah .
# aku panggil dia ni 'DANG' . jauh beza tak dengan nama dia . memang jauh . macam dari Malaysia ke Korea .

yang kedua !

nama full dia si Siti Noorliah . kau jangan salah sangka ek . 'si' tuh ak ada pun dalam kad pengenalan dorang . tak kan itu pun nak bagitahu kot ? ape ke pandainye ! oh ya ! lupa pulak cakap . yang kawan aku sorang ni , aku tak ada gambar dia lah . gambar si dang tuh pun aku cilok kat fb dia . haha . tak minta izin pulak tuh . sorry . Siti Noorliah ni tak simpan gambar kat fb dia . malu katanya .

# 23 Januari 1999 . dia ni paling tua dalam kelas aku . aku , dang dan dia ni satu kelas . satu geng . dan satu otak . macam mana tuh kalau satu otak ? kepala bergabung ke ? tuh pun nak tahu ...
muka dia ni aku pun tak tahu macam artis mana . aku jarang juga tengok artis ni . jadi tak dapat nak samakan lah . muka dia ni boleh dikategorikan pada tahap cantik lah . dia ni pendek je . comel . wah ! kalau dia baca pujian setinggi gunung ni , mesti dia bangga . ye tak ?!
# aku panggil dia 'DIK' . kau tengok ? ketara tak kebodohan aku ? dak tahu dia tua daripada aku , beboleh aku panggil dia dik . adudui . tak ngam langsung !


yang terakhir !


korang rasa siapa ? fikir ...... fikir ...... fikir ......





nah ! apa tuh ? aku panggil ea kawan setia . macam laki ku jua ea ni . mau tahu kenapa ? ea ada time aku tidur , sedih , gembira dan bermacam macam lagi feeling . FYI lah kan , gambar tuh tayang tayang je . aku maksud kan muzik . aku dengar muzik guna handphone aku saja . aku tak de mp3 . tak minat aku nak beli . dan tak minat nak memilikinya . wow ~ haha .

jadi , kalau ikut kan manusia je . kawan aku cuma dua . paling rapat . berkepit je . percaya lah . huhu . tak juga kali .

ni je cerita tuk hari ni . terima kasih sebab membaca !


Jumaat, 1 Februari 2013

panas hati !


Assalamualaikum and selamat petang you all .

apasal dengan aku rasanya erk ? manalah lah kamu tahu kan ? aku belum cerita pun . bengong betul lah . hurm , aku nak cerita ni . malas pulak rasanya nak berkata kata . eh ! sejak bila pulak aku berkata kata . tak pernah pun kan . tajuk entry aku kali ni macam nak tunjuk perasaan je kan ? mana ada lah ...

kemarin . ya , memang kemarin punya cerita ni . aku telah di lantik secara rasminya sebagai Penolong Ketua Kelas . memang korang rasa itu ok kan ? bagi aku pulak sebaliknya , 100 peratus tak ok ! ngee . nak tahu kenapa tak ok ? sebabnya , aku nak jadi pengawas ! huwaaaaaa ~ aku nangis ni . sebenarnya Penolong Ketua Kelas yang asal ni si Lieyyah , tapi oleh kerana si Lieyyah sudah jadi pengawas so dia tak boleh lah jadi Penolong Ketua Kelas lagi . aku di lantik atas undian 21 per 24 . oh my god ! macam aku tak tahu , dorang sebenarnya saja nak padankan aku dengan Ketua Kelasnya sebab Ketua Kelas nya si Jipa iaitu teman ku bertegang urat . eh ? bertegang urat ke bertengang leher ? lupa . harap anda faham .

menambah kan beban sungguh dorang kat aku ya ? mementang lah aku selalu je buli buli dorang . sekarang dorang nak buli aku pulak ? dorang saja nak seksa fizikal aku . penat kalau korang nak tahu . setiap hari kena lapor itu ini dengan guru kelas and guru disiplin . turun naik tangga lagi tuh . kalau tangga tuh sikit tak apa lah , ini ..... rasa nak mampos je aku menaikinya . kalau boleh , macam aku ak merangkak je . hurm , yang mampu aku buat sekarang hanya lah bersabar , bersabar and bersabar .

yang bikin aku bertambah panas hati dan tidak adil langsung adalah bila murid murid lain tidak menghantar kerja rumah aku dan juga si Jipa yang akan kena rotan . adui ! kawan aku si Lieyyah gembira sungguh bila dia dah terlepas daripada beban kesengsaraan ini .
ok , tak apa .

hurm , syukur kepada Allah . walaupun si Jipa ni kawan aku bergaduh tiap hari , namun dia masih lagi dapat memberi kan kerjasama yang cukup baik . baru sahaja tadi kami membahagikan kerja yang patut di buat . aku buli dia . hahaha . aku bagi dia lebih banyak kerja dengan alasan dia Ketua and aku cuma Penolong . munasabah k alasan aku . dia mengalah . dia memang tak boleh nak lawan kata kata aku . dia ikut je . tahu pulak dia takut ye ..

Isnin, 28 Januari 2013

si Chubby sayang si Pepatung



kau panggil aku Chubby . aku memang tak suka panggilan tuh . aku marah dengan kau . lepas tuh , aku balas  balik .  aku panggil kau Pepatung sebab bagi aku kau tersangat lah kurus . perangai kau yang menyakitkan hati tuh makin menjadi jadi . entah kenapa aku boleh tahan dengan sikap kau tuh . bermacam macam panggilan yang menyakitkan hati kau beri pada aku . aku ketawa je bila kau panggil aku macam tuh . Chubby okey lagi kan ? tapi hari tuh kau panggil aku gemuk . hei ! aku tak gemuk lah ! hurm , aku tak boleh nak marah kau sebab bila aku nak marah je , kau dah pandai sejuk kan hati aku . kita bukannya ada hubungan apa apa pun . just kawan , tapi tersangat lah mesra .

kau memang hensem . memang tak boleh nak dinafikan . aku suka sangat dengan mata kau sebab mata kau sepet . kau cakap bida tapi aku rasa okey je . bersyukur je lah . dalam hati aku tahu kau pasti bangga sebab di puji oleh semua perempuan kan ? hurm , kau ni baran tak kira masa . *time tidur pun kau marah marah . hehe . tedaa bah* kalau bukan aku yang buat salah , amarah kau tuh tempias jugak dekat aku . aku diam je . kalau ikut kan hati aku yang ganas mengalahkan ahli gusti ni nak aje aku bagi kau berpuluh puluh tumbukan . tapi , nasib masih timbul perasaan kesian kat kau . kalau tak , tak memasal kau dah jadi arwah . walau bagaimana pun , kau selalu minta maaf dengan aku bila kau TERmarah aku . hehe . kau jarang senyum , kekadang aku takut jugak tengok muka kau . TERLALU serius . kau cakap dengan aku , kau tak pandai senyum .. tapi , hari tuh kau senyum dengan aku pun ? apa lah maksud nya tuh kalau bukan senyuman ? hurm , asal kita TERjumpa , kau mesti senyum kat aku . kekadang tuh kau akan tegur aku . *malunya aku*

bibir kau tebal . tapi tak setebal bibir aku . aku selalu cakap kau Pepatung berbibir tebal . kau marah . memang susah nak pujuk kau time tuh . erm , sejak tuh jugak aku berhati hati dengan percakapan aku . aku takut kalau aku tersalah cakap . aku takut kalau kau akan marah and berkecik hati dengan aku . kita selalu jumpa . macam macam yang kita cerita kan . banyak perkara yang aku dah tahu tentang kau . sebenarnya , kau ni tak lah sweet mana pun . entah kenapa ramai yang minat kau . hahaha .

sekarang kita dah tak ber kontek dah . kau dah ada GF . terakhir kau kontek aku pun masa cuti sekolah tahun lepas . aku rindu kat kau . tapi sebagai kawan je . hurm , semoga kau happy dengan dia erk ?

tata Pepatung .

Rabu, 23 Januari 2013

tekanan jiwa !


okey . Hai semua !

memang bukan aku yang terkena tekanan jiwa k ? faham tak ? aku nak cerita kat korang pasal seorang lelaki yang di tinggalkan oleh isteri dan anaknya dan akibatnya beliau menderita kerana sakit jiwa atau lebih jelas lagi , GILA ! kesian tak cerita aku ? kau tak payah nak kesian sangat lah k .

kalau di fikir fikir balik , memang malas dan tersangat lah malas aku nak bercerita tentang orang tak siuman tuh . malas k , MALAS . tapi , oleh kerana diri dan jari hamba ini di kontrol rapi si Puan Hati yang tengah panas membara , korang baca lah entry aku kali ni eck . tak nak baca , aku tumbuk muka kau nanti . ceh ! macam lah berani sangat....

tadi pagi , k . pagi tadi , aku lambat bangun . tak lah lambat sangat sebenarnya . tepat jam 7 pagi aku dah dok menghadap pintu pagar sekolah aku tuh . memang first time aku dan kakak aku lambat datang sekolah tau . entah kenapa aku rasa malas nak pergi sekolah hari ni . kau tahu tak kenapa ? kalau tak tahu , dah  sambung baca . hehe . memang aku ketahui sejak azali lagi bahawa jam 7 telah bermulanya P and P . so , aku ni nak masuk lah kan . TETAPI... ok , taip balik , TETAPI ada pulak hantu tanah yang paling di benci oleh semua pelajar sekolah aku ni kat depan pintu pagar sekolah . aku tahu mesti dia tak bagi masuk punya . di biarnya kami dok membuang masa di bas stop sehingga lah dia memberi arahan kepada pengawal keselamatan untuk membuka kunci pagar .

pintu dah terkunci . goncang goncang pun tak dapat bukak . ketara tak kejajalan tuh ? ada ke patut pintu di goncang ! ok , panas hati aku buat main bahaya lagi . rasa macam hati aku ni nak meletup pun ada . aku tak marah binti meradang kalau dia biarkan kami yang lambat ni dekat luar pagar sekolah selama 5 minit je . k , tak marah . jelas tak ? TAPI , yang bodoh bin gila jahanam nya , dia biarkan kan kami dok kan bas stop tuh selama 40 minit . satu subjek aku terlepas doh ! aku kena hantar ke sekolah bukan nak buang masa macam tuh ! kalau lah aku ikut kan hati yang nakal ni nak aje aku blah terus pergi pekan layari internet je . adui ! and kalau di ikutkan hati syaiton durjana aku ni , nak aje aku tetak kepala dia belah jadi dua . hish !

peraturan pun peraturan lah . tapi , peraturan pun ada HAD k . kalau kau buat peraturan yang menjahanam kan anak murid bek tak payah weii ! aku datang sekolah nak belajar lah bengong ! kalau dah macam ni , bek aku berambus balik rumah tidur nyeyak nyeyak . ada jugak keluar tahi mata .

memang aku agak melampau . tak di nafikan . tapi , aku melawan pun sebab benda yang kau buat tuh memang salah . memang tak betul . kau fikir sekolah ni bapak kau punya . harta pusaka kau ke ar ? bukan kan ? jangan lah kau sesuka hati main redah tak berlesen bagi peraturan yang tak munasabah . aku rasa kau memang patut dipersekolah kan balik . kat buku peraturan yang aku beli baik aku beli topap tuh tak da pun cakap ;

" JIKALAU ANDA LAMBAT DATANG KE SEKOLAH , ANDA AKAN DI TAHAN SELAMA 40 MINIT " 
ayat aku ni memang tak patut . maksudnya , tak sesuai .

ok , BODOH kau ! terima lah kenyatan yang kau bodoh ya . terima kasih je lah sebab kau dah berjaya buat aku bertambah meluat dengan kau tuh . dasar kesian , sakit jiwa . hish ! double hate !

Jumaat, 18 Januari 2013

rentas desa


Assalamualaikum dan selamat pagi you all .

hari ni sekolah aku baru mengadakan aktiviti merentas desa bagi tahun 2013 . kami *aku dan kaka aku* pergi sekolah macam biasa lah . dihantar oleh Si bapa setia . kami bertolak lebih awal daripada hari hari biasa . ye lah , siapa tak semangat kan ? tak payah belajar lah katakan . huhu -.-
sebelum bertolak nak pergi sekolah , kami sempat lagi bergambar . aku memang tak nak , tapi DIpaksa lagi .


aku yang pakai baju kuning tuh . muka aku , Ya Allah ! macam nak menangis aje aku tengok . huh , sebab tuh lah aku tak suka bergambar . aku kekok kalau dihadapan kamera ni . gaya tu pun kena paksa buat .


ni , aku bergambar dengan kakak aku yang kedua . tadi tuh yang pertama . aku tak ada adik . hehe . cuba teliti gambar ni . hampir sama je kan gaya aku dengan gambar di atas . haha . gelak lah . lawak ni . hehe , just kidding .

so , berkumpul lah kami sesudah sampai di sekolah . untuk kategori aku ni cuma 5 kilometer ja . ja ? kau giler ke ? nak mampos aku berlari tadi tuh . fuh ! huhu . hurm , kami akan melalui 4 checkpoint . 

checkpoint 1
# aku jalan dengan dua orang kawan aku . nama dorang , dayyah dan erna . kami ni memang dah berjanji dah pun awal awal . tapi sepatutnya , aku juga harus berjalan dengan dua ekor cicak . nama dorang , intan dan lieyyah . entah kenapa dorang terlebih semangat sehingga meninggalkan aku dan kawan aku ni jauh di belakang . dalam perjalanan nak ke checkpoint pertama ni kami sempat lagi makan coklat . haha . bongok tak ?

checkpoint 2
# aku masih lagi berkepit dengan dorang si erna dan si dayyah . waktu ni , kerbau kerbau jantan sudah dilepaskan . penat dah kaki aku berjalan . dada aku pun semput semacam . hampus nak mampos rasanya . pecut punya pecut , aku pun stop kat tepi jalan raya . dorang si erna semangat berlari . nak mengalahkan aku lah tuh . bikin panas ! langsung dorang tak pedulikan aku . aku penat lah ! tiba tiba , aku dapat rasa kan bibit bibit kesakitan di jari jemari kaki aku . actually kasut yang aku pakai sempit . haha . bengong nya aku kan ? habis aku sayang sangat kat kasut tuh , so aku pakai lah . aku terfikir , nak bukak kasut ke tak nak erk ? ah ! tahan je lah .

checkpoint 3
# dengan penuh kesengsaraan , ku gagah kan juga kaki ku melangkah . banyak kali aku berhenti . dalam benak fikiran masih lagi terfikir nak bukak kasut ke tak nak . jari jemari ku rasa semakin tenat . betis ku juga turut uzur . Fuh ! tahan , tahan dan tahan . oh ya ! lupa cakap . time ni aku dah jalan sorang sorang . dua orang kawan aku tuh dah memecut tinggal kan aku . oh , menyedihkan tak cerita aku ? aku tengah dalam kesengsaraan ni boleh boleh dorang tinggal kan aku ? okey , tak pa ... simpan dalam hati . 

checkpoint 4
# ni dah dalam perjalanan nak pergi sekolah dah balik . waktu ni aku berjalan berteman kan kawan kakak aku . kali ni aku dah buat keputusan nak bukak kasut . bukan takat kasut je , stoking sekali ku buka . oh , lega ! pergerakan kaki ku semakin cepat . sekolah pun kelihatan . di simpang nak masuk sekolah aku ternampak dua ekor manusia yang paling dan paling ku kenali . nak tahu siapa ? huh , dorang si erna dan si dayyah . rupanya kami kumpulan terakhir . semua nya ada 8 orang . kami jalan sama sama pergi ke astaka . di sana semua orang menunggu kedatangan 'Y.B" *kami lah Y.B nya* hehe . tutup muka . malu babe !

okey , aku malas nak cerita pepanjang . aku singkatkan lah erk ? rumah sukan aku iaitu rumah kuning menjadi JUARA tahun ini . hoore ! hadiah nya , belum kena bagi lagi . hei cikgu ? mana hadiah aku ?


Khamis, 17 Januari 2013

adik angkat .

haiiii !

ok , hari ni aku ada cer baru joh ! pasal my adik angkat . nama dia syasya . nama full , aku tak tahu . *lupa sebenarnya* hurm , dia sah menjadi adik angkat aku nih , hari tuh lagi . hurm , bila eck ? *ingat kejap* ohh ! 13 haribulan Januari lah .. waktu tuh dah malam , jam 9 lebih *lebih berapa tuh aku tak tahu , dah lupa* 

kita undur masa~

aku call kawan aku *cousin si syasya lah* . time tuh aku mahu tanya kawan aku di mana . call 5 kali tak angkat angkat . then , bila aku call yang ke 6 kali , ingat kan kawan aku yang angkat rupanya si syasya . aku tanya mana cousin dia , dia cakap cousin dia pergi k.k *Kota Kinabalu* and phone dia tertinggal . *aisyhman , aku tak tahu pulak sii sepet ni pandai ketinggalan phone!* so , tetiba dia cakap *si syasya*~

: kaka bibih ? *nama aku lah , dia panggil tiga kali pulak tuh* 

: kenapa ? *suara aku lembut gilaaa!*

: aku jadi adik angkat kaka bibih , boleh? *terkejut beruk aku beb . kalau beruk tengok cara aku terkejut pun dia jealous. terkejut aku kalah tahap piawai cara beruk terkejut tau!*

: boleh bah. *buat buat selamba*

jadi malam tuh ber adik angkat lah aku . *kunun* . aku fikir fikir lah nih , kenapa jugak dia nak jadi adik angkat aku . hurm , tak tahu lah kenapa . *mungkin sebab aku baik kot , cewah!* dia memang comel lah . bagi aku . tak tahu pulak bagi kau .

 cecuba tengok gambar dia nih !



nih lah dia . *besar nye muka!* terkejut mak neng ! 




tadaaaa ! dah jadi anak nelayan pulak dah .




naaaaaaaaaa .. terakhir ! 




ni lah keluarganya . aku kenal semuanya . adik dia yang lelaki duduk kat raba bapak dia tuh comil sangat ! *raba ke?*


# gambar dorang ni aku curi kat Fb . wachakkk ! kena pancung kepala aku nanty !




Jumaat, 11 Januari 2013

Cruel to be KIND


Amanda was new in town. She was a bit of a loner; she didn't seem to have many friends. She was always on her own, whether she was walking in the park or sitting in a cafe with a book. She was not exceptionally beautiful, though she was quite nice to look at. She had long black hair tumbling past her shoulders, large dark brown eyes and a warm complexion. Although I must say she would be prettier if she smiled more often.
        I first saw her sitting by herself at a bus stop. Casually, I sat down next to her. She immediately got up and stood a few feet away from me. I fell in love with the way she moved - she was so graceful. I've received brush-offs before but those always came after my pick-up line.
        "Hello,"I said. She turned to face me and looked as though she had seen a ghost. "Are you talking to me?" she stammered.
         I laughed a little. "Yes, you. You're new in town, aren't you?" She nodded, although she looked a little confused. "I'm Tom. What's your name?" She looked as though she would run away, which she did but not before whispering "Amanda".
         Every time I saw Amanda, I tried to make conversation. She was a tough nut to crack. She would give me strange looks whenever I spoke to her. The only topics she seemed interested in were life, death and literature. After about a week, she opened up to me and we became good friends. She was very shy and didn't speak to others while she was with me. She was almost always at home taking care of her mother. She never took me to meet her mother so I didn't think we were that close yet. I didn't mind, though. I cherished the hours we spent at cafe, the library and her personal favourite, the park. I enjoyed her company.
          Her secretive nature and the mystery about her home and family was still too much for me to bear so I followed her home one day. I watched through the window as she greeted an old woman who was sitting in front of the television. The woman ignored her but Amanda kept talking. After a while, the cold- shoulder treatment reduced her to tears and she ran upstairs. I made a mental note never to ask her about it. The old woman saw me at the window and I waved to her. She stared at me like her daughter did when we first met.
          After about a month, I realised I was in love with Amanda. I confessed to her, one night in the park. We were looking at the stars, lying on our backs on the cool grass. I remember the frightened look on her face, how she started to cry. I tried to to comfort her but she ran away. She avoided me after that. She gave me sad glances now and then, but ignored me when I spoke to her. There were times when I chased her down the streets, shouting her name and ignoring stares from other people. I even left notes for her at her house but I stopped when I caught her mother tearing one up into shreds. She threw the pieces into the trash can.
          One day, I saw her at the park. I watched as she slowly approached me. "you'll never stop, will you?" she asked. "I just can't stop thinking about you." She reached up and ran her fingers through my hair. I held her then. for the first time, breathing in her scent. She pulled away and took my hand. She led me to a darker part of the park, one that I had never seen before.
          Suddenly everything became clear to me. Why she couldn't love me back. Why she could never be with me. Why her mother ignored her. I sank down to my knees and started to cry."You should have told me."
          "I'm sorry, I didn't know how,"she said. I sat there for a while, tracing the letters of her name on the cold stone. When I finally looked up, she was gone.

Khamis, 10 Januari 2013

pengawas ?


Hellow kawan ~

pengawas ? kenapa dengan pengawas ? #tiada apa apa masalah pun sebenarnya . sia cuma mahu cerita sama kamu urang , baru baru nii kan sia ada terfikir mahu jadi pengawas sekolah bah sebab sia jealous tengok kawan baik sia ni , sii senget (lieyyah) tuh jadi pengawas . hahaha . inda bah . sia tengok macam best ja dorang jadi pengawas nii . jadi , kakak sia ni kan ketua setiausaha pengawas di sekolah saya and kunun nya senang lah sia minta tulung dia bagi tau cikgu dia tuh yang sia mahu jadi pengawas sekolah . insyaALLAH diterima , katanya . yang WOW nya lagi kamu mahu tahu apa ? hehe . double WOW ! sii telinga mickey mouse (jipa) pun mahu jadi pengawas macam sia juga . YEAH ! YEAH ! *tuh pun sia berabis paksa dia nii . sia bodek dia lagi . bagi dia gula gula .* haha . cair juga dia sama pujuk rayuan sia rupanya . baru sia tau . bah , nanti mesti tambah extra rapat lah kami dua nii . auww ~ hehe . confirm kontroversi tahun lepas timbul balik . kamu tahu kah kontroversi kami tahun lepas apa ? kunun nya sia nii bercinta sama dia . adui ! teda teda bah ! okey , berbalik pada cerita sia pasal pengawas tuh , time sia sekolah rendah sia nii ketua pustakawan bah . memang sia pun tahu pustakawan sama pengawas sekolah nii lain tapi warna baju dia sama saja . *hijau* . boring ! kepuasan sudaa sia sama warna hijau nii . tapikan , pengawas sekolah nii bagus bah . mahu tahu kenapa ? sebab ... *dalam peraturan stoking kami mesti panjang sekurang kurangnya atas buku lali* and bila stoking kau pindik memang kau kena bebel cikgu lah nanti . tapi yang check stoking kami *pelajar biasa* tuh pengawas dan pengawas stoking durang inda kena check . contohlah kan : kau pengawas and time tuh stoking kau pindik , kau terbebas lah or lebih sesuai terlepas dari bebelan cikgu . aku tahu ada segelintir pengawas tuh stoking durang pindik . macam kawan sia tuh . stoking dia pindik gilaa ! tapi langsung inda di tegur cikgu . buyuk kan ? ya , memang pun . hehe . apa apa pun sia harap sia buleh jadi pengawas sekolah . Amin !


# aku guna 'sia' bah kan ?

Rabu, 9 Januari 2013

jealous tengok cewek cantik



hahaha *ada ke patut terus terus ketawa* hehe . hai ! hola ! huh , entry hari ni tajuk dia 'jealous tengok cewek cantik' . *rasanya perlu ke aku bagi tahu tajuk tuh dua kali ? tak kot* ok , jealous ? memang tak boleh ada sikap jealous meng-jealous ni kan ? *tengok , ketara dah kebodohan dia* haha . tapii , siapa tak jealous tengok pompuan cantik *kalau kau sama jantina (pompuan) je boleh jealous ni hah . kalau kau mamat memang tak patut pun kau nak jealous k* faham tak ? aku rasa , aku sendiri pun tak faham ayat aku . memang ! bm aku gred E kot , kalau ada gred F memang aku akan dapat capai gred terindah tuh . hehe .

aktor pompuan yang korang rasa cantik lagi menawan buat hati mu tertawan siapa ? *ayat paling bida yang pernah aku buat* . k k k k . kau bagi tahu lambat sangat lah . hei !! *marah ni , marah ni*

kita tengok muka artis ni . tengok betul betul . *teliti* kalau nampak tahi lalat dia sebelah mana , bagi tahu ye . agak nya aku ni dah melampau . dengan hati yang rela ku menyerah diri , hempas dah aku dengan buku setebal lima inci . eh ! lima inci macam mana erk ? *aku betul betul tak tahu* ok lah . sesudah lah tuh !







tuu diaaaa . *yana samsudin* kenal tak ? mustahil tak kenal kan ? *bagi soalan soalan bonus* cantik kan , cantik kan ? lesung pipit dia tu lagi . aduii ! jatuh tangga aku melihatnya . tapi kenapa aku masukkan gambar dia yang tak nampak lesung pipit ? kenapa ye ? nak tahu ? sebab ........... aku punya suka lah ! hahaha . aku tak minat dia sebenarnya , tapi aku suka tengok muka dia . cantik sangat , tu yang buat aku jealous ni . aku nii dah lah bida . gelap pulak tuh . bibir tebal . mata sepet . apa lagi ah ? dah sudah . over pulak aku ni . 

siapa lagi seterusnya ?


 sweet farhanna

aku hantam je nama dia tuh . gila tak aku ? berani matii kan . hehe . merepek . dia nii bagi aku comil vs cantik . cantik menang ! yeah ! aku nak jugak secantik dia . cewah ! mana boleh sama muka ngan dia . tapi kan , aku tak suka bila dia becakap ? kenapa erk ? aku rasa lain nih . entah lah . 
k lah . sudah . nanti tak memasal lain pulak jadi nya . tu je nak gitau . so boring . 
banyak lagi yang santik santik belaka ni tapi aku pilih dorang je . kenapa ? sebab bagi aku dorang okey . tak lah begaya sangat .

#aku yang menaip nii pun boring , apa lagi kamu yang membaca . lagii lah boring ! kau tak payah cakap pun aku dah tahu dah .