Blog's stat

Pengikut

Khamis, 14 Mac 2013

ASSALAMUALAIKUM ..



aku sangat sangat penat. betul. tak ada masa aku nak tipu korang.. mesti ada yang kata dalam hati, 'daa tahu penat tu .. rehat lah . yang dok rajin sangat nak menaip ni apa hal?' hahaha. ada tak yang kata macam tuu? tumbuk kang. tak pepasal muka kau jadi biru. haaa, aniaya.
tak, sebenarnya aku ni niat a.k.a berhajat nak meluahkan perasaan dengan korang ni.. nak tahu nak? bukan perasaan cinta ke atau sewaktu dengan nya tu ek. tapi, aku nak luahkan tentang ketidakpuasan hati aku dan sakit hati aku. entah lah. aku pun tak tahu sebenarnya aku sakit hati dengan siapa. yang aku tahu lah kan, perasaan tu timbul bila aku daa jadi penolong ketua kelas ni. *jangan pulak korang kata tak tahu apa itu penolong ketua kelas ek. kalau tak tahu, aku bagitahu lah. penolong ketua kelas tu adalah sejenis makanan barat yang sungguh enak. hahaha. mustahil lah korang tak tahu kan. aku rasa dan sangat yakin, kalau korang masih sekolah kan kat kelas korang pun ada penolong ketua kelas kan?
hurm. okay. sejak aku jadi penolong ketua kelas ni kan, aku rasa sungguh terseksa. sangat sangat terseksa. dengan aku terpaksa melapor ketidakhadiran murid di bilik guru setiap hari. kalau lah bilik guru tu terletak disebelah kelas aku tak apa lah kan. senang hidup aku. ini.............. aku terpaksa pula turun naik anak tangga. korang bayangkan lah. korang berada di sebuah bangunan. bangunan tu ada 3 tingkat. jadi korang dari tingkat satu nak naik ke tingkat 3 lah ni. dan korang hanya menggunakan tangga. bayangkan. tak ke banyak tu nak di 'daki'? jadi, macam tu lah aku, sehari bagaikan aku menaiki tangga ke tingkat 3. sengsara sangat. kalau sebulan? apatah lagi setahun? amacam? aku yang dikategorikan gemuk ni pun comfirm akan tinggal papan je. ohh, aku tak sanggup!
tapi nak buat macam mana kan. tiada bantahan, kata si cikgu. jadi, suka atau tidak, setuju atau tidak, nak atau tidak, aku terpaksa jugak jadi penolong ketua kelas. nak menangis, air mata tak keluar. nak marah, tak guna. tak ada yang nak dengar. pendam perasaan je lah jawabnya kan. dan aku jugak lah yang makan hati berulamkan jantung. sedap nya....
dan lebih menyakitkan hati aku ni bila rakan sekelas aku ni tak boleh nak dibawa bekerjasama. terutamanya pelajar lelaki. perempuan tu ada lah dalam 2 3 4 orang yang sekepala dengan dorang lelaki tu. nak di terajang, anak orang. nak diteriak, tak boleh pulak. mengganggu ketenteraman kelas lain lah. itu lah. ini lah.
dan bla bla bla.
okay lahh .. itu aje yang boleh aku katakan. hahaha.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen komen dulu baaa :)